ENGLISH VERSION



In order to ensure a fair, safe and enjoyable gaming environment for all players, each player is required to comply with the following rules:

1. Player Conduct

a) Harassment is strictly prohibited.
Players are not allowed to intentionally target, harm, or repeatedly disturb other players or groups of players. Harassment may take many forms and will not be tolerated.

b) Discrimination is not allowed.
Any form of discrimination against other players based on race, nationality, religion, gender, or any personal background is strictly forbidden.

c) Do not disrupt normal gameplay.
Any repetitive activity that interferes with the normal gameplay experience of others is prohibited.

d) Fraudulent behavior is not allowed.
Players must not misrepresent facts or attempt to deceive others for personal gain.

e) Account information must remain private.
Sharing, requesting, or attempting to obtain another player's account information (including passwords, email addresses, or any private details) is strictly prohibited.

f) Guilds, clans, or groups must follow the rules.
Players are not allowed to manage or participate in any group that violates these rules.


2. Broadcast Chat (BC) Rules

a) Respectful communication is required.
Offensive, abusive, racist, or inappropriate language is strictly prohibited. This includes insults involving religion, race, nationality, family members, or personal life.

Players must not:

  • Use racial slurs or offensive remarks
  • Insult another player's family members
  • Use homophobic or degrading terms
  • Harass staff members via whispers or broadcast chat

We will not tolerate such behavior under any circumstances.

b) Advertising other servers is strictly prohibited.
Promoting or advertising other servers will result in a permanent ban.


3. Real Money Trading (RMT)

a) Selling in-game items or Eudemon Points for real money is strictly prohibited.

b) Real-money gambling or betting involving the game is not allowed.

c) Players are not allowed to conduct any real-money transactions related to the game.

d) All in-game missions, rewards, and activities exist purely for entertainment purposes and must not involve real-money transactions or betting.


4. Raiser Online Live Streamers

a) Players are not allowed to intentionally disturb or interfere with any streamer who is live streaming the game, except during the official PvP or war activities listed below:

  • PKT
  • PKC
  • PKL
  • Legion War
  • War of Titan
  • b) If a streamer reports intentional harassment or disruption by any player outside the allowed activities, the reported player will face strict disciplinary action from the game administration.

    c) Official streamers are allowed to conduct real-money transactions related to their streaming activities, provided that they follow the server rules and do not engage in illegal trading, gambling, or fraudulent activities.


    Additional Terms

    Raiser Online staff reserves the right to determine whether a player's behavior violates the rules if it prevents others from enjoying normal gameplay.

    All rule interpretations and decisions are made at the sole discretion of the Raiser Online staff, regardless of what a player may consider reasonable.

    These rules may not cover every possible situation. Staff may take action against any behavior considered harmful to the game environment.

    Failure to comply with penalties or fines within the given time frame may result in the account being temporarily or permanently locked.

    All rules are subject to change without prior notice. Players are responsible for staying informed and agreeing to the latest version of the rules.

    Ignorance of the rules is not an excuse.


    Regards,
    TheRaiser[PM]
    Game Manager(GM)



    MALAY VERSION



    Peraturan Raiser Online

    Bagi memastikan suasana permainan yang adil, selamat dan menyeronokkan untuk semua pemain, setiap pemain diwajibkan mematuhi peraturan berikut:

    1. Etika Pemain

    a) Gangguan kepada pemain lain adalah dilarang.
    Gangguan ditakrifkan sebagai sebarang tindakan yang secara sengaja menyasarkan individu atau kumpulan pemain dengan tujuan menyusahkan, mengganggu, atau menjejaskan pengalaman permainan mereka dalam apa jua bentuk.

    b) Diskriminasi tidak dibenarkan.
    Sebarang layanan tidak adil terhadap pemain lain berdasarkan bangsa, agama, kewarganegaraan, jantina atau latar belakang adalah dilarang.

    c) Mengganggu permainan normal adalah dilarang.
    Sebarang aktiviti berulang yang menghalang pemain lain daripada bermain secara normal boleh dianggap sebagai pelanggaran peraturan.

    d) Penipuan adalah dilarang.
    Penipuan merujuk kepada sebarang salah representasi maklumat atau tindakan yang bertujuan mendapatkan keuntungan peribadi secara tidak adil.

    e) Perkongsian maklumat akaun adalah tidak dibenarkan.
    Pemain tidak boleh memberi, menerima atau meminta maklumat akaun pemain lain termasuk kata laluan, alamat e-mel atau maklumat peribadi yang tidak tersedia secara umum.

    f) Pengurusan kumpulan.
    Pemain tidak dibenarkan mengendalikan klan, persatuan atau mana-mana kumpulan yang melanggar mana-mana peraturan yang dinyatakan.


    2. Peraturan BC (Broadcast Chat)

    a) Adab dalam komunikasi adalah wajib.
    Segala bentuk kata-kata berunsur berikut adalah dilarang sama sekali:

    • Perkauman
    • Menghina agama
    • Menghina keluarga pemain lain
    • Menghina bangsa atau negara
    • Menggunakan kata-kata kesat atau menghina maruah

    Penggunaan perkataan menghina seperti memanggil pemain lain dengan gelaran yang menjatuhkan maruah juga tidak akan diterima.

    Penghinaan terhadap kakitangan permainan (GM / PM) sama ada melalui Broadcast Chat, Whisper atau mana-mana medium komunikasi dalam permainan juga tidak akan ditoleransi.

    b) Pengiklanan server lain adalah dilarang.
    Sebarang promosi atau pengiklanan server permainan lain di dalam permainan akan dikenakan hukuman BAN kekal (Permanent Ban).


    3. Jual Beli Menggunakan Wang Sebenar

    a) Pemain tidak dibenarkan menjual sebarang barangan permainan atau Eudemon Points (EP) menggunakan wang sebenar.

    b) Sebarang bentuk pertaruhan atau perjudian menggunakan wang sebenar adalah dilarang.

    c) Larangan ini bertujuan mengelakkan kes penipuan, perjudian dan penyalahgunaan sistem permainan.

    d) Semua aktiviti dalam permainan adalah untuk tujuan hiburan sahaja dan tidak melibatkan sebarang pertaruhan wang sebenar.


    4. Raiser Online Live Streamer

    a) Pemain tidak dibenarkan mengganggu atau mengacau mana-mana streamer yang sedang melakukan siaran langsung (live streaming) di dalam permainan, kecuali semasa aktiviti PvP atau peperangan rasmi berikut:

    • PKT
    • PKC
    • PKL
    • Legion War
    • War of Titan

    b) Sekiranya streamer melaporkan sebarang gangguan yang disengajakan oleh mana-mana pemain di luar waktu aktiviti yang dibenarkan, pemain tersebut akan dikenakan TINDAKAN TEGAS oleh pihak pengurusan permainan.

    c) Streamer rasmi dibenarkan menjalankan aktiviti berkaitan siaran mereka termasuk urusan berkaitan wang sebenar dengan syarat mematuhi semua peraturan server dan tidak terlibat dalam penjualan haram, perjudian atau sebarang aktiviti penipuan.


    Peraturan Tambahan

    Pihak Raiser Online berhak menentukan sama ada sesuatu tingkah laku dianggap sebagai pelanggaran peraturan.

    Sebarang keputusan berkaitan pelanggaran peraturan adalah muktamad berdasarkan budi bicara kakitangan Raiser Online.

    Peraturan ini mungkin tidak merangkumi semua situasi. Sebarang tindakan lain yang dianggap sebagai penyalahgunaan boleh dikenakan tindakan oleh kakitangan.

    Sekiranya pemain dikenakan kompaun atau penalti dan gagal menyelesaikannya dalam tempoh yang ditetapkan, akaun boleh dikunci sementara atau kekal.

    Semua peraturan boleh diubah atau dikemas kini pada bila-bila masa tanpa notis awal.

    Ketidaktahuan terhadap peraturan bukan alasan untuk mengelakkan tindakan disiplin.


    Salam hormat,

    TheRaiser[PM]
    Game Manager(GM)
    Raiser Online